Friday, September 30, 2011

Pembajaan dan pengapuran (Fertilizer and lime)





Di malaysia Pokok anggur akan hidup subur atas tanah dengan PH antara 5-6. Tabur kapur jika tanah masam dengan PH kurang 5. Tabur 8 ouns 10-10-10 baja setiap pokok 7 hari selepas anak pokok anggur di tanam.


Tambah kuantiti baja ke 1 paun 10-10-10 dalam tahun kedua. Jangan bubuh baja pada tapak batang. Tabur baja 12 inci dari batang dan tabur serata di bawah pepohon(bawah dedaun) anggur.



Friday, September 16, 2011

Mengawal penyakit pokok anggur



Penyakit pokok anggur dan cara mengatasinya

- Bintik2 Daun (Cercospora viticola dan Alternaria vitis), timbul bintik2 warna coklat dan bintik2 hitam sehingga tunas dan daun kering dan reput.
Cara atasi: Bersihkan kebun, kurangkan kelembaban kebun, potong dan musnahkan daun yang diserang, sembur dengan racun Natural GLIO

- Karat Daun (kulat Physopella ampelopsidis), terdapat tepung berwarna jingga pada sisi bawah daun dan pada sisi atas daun dan ada bintik2 hijau kekuningan dan seluruh permukaan ditutupi lapisan tepung hingga daun kering dan reput.
Cara atasi: Pangkas daun yang sakit dan sembur dengan racun Natural GLIO + gula pasir

- Tepung Palsu (Downy mildew), kulat Plasmopora viticola, menyerang batang muda, pucuk, tangkai buah dan butir buah.
Cara atasi: kurangi kelembaban kebun (dipangkas), potong dan musnahkan tanaman yang diserang, pasang naungan, Sembur Natural GLIO+gula pasir.

- Kudis (Scab), Kulat Elsinoe ampelina, menyerang semua bahagian tanaman. Bintik kelabu dengan tepi coklat kemerahan, kemudian buah mengeras dan berkudis.
Cara atasi: Pangkas bahagian yang sakit, bersih kebun, sembur Natural GLIO + gula pasir

- Busuk Kapang Kelabu (Gray Mould Rot), kulat Botrytis cinerea, berkembang pada saat buah anggur menjelang masak. Buah berwarna cokelat tua, berkeriput dan jadi busuk.
Cara atasi: Pengendalian tuai dan pasca tuai yang baik, guna racun Natural GLIO+gula pasir.

- Cendawan Tepung (Powder mildew), kulat Uncinula necator, menyerang semua pertumbuhan. Daun menggulung ke atas dan berbentuk abnormal ditutupi tepung berwarna kelabu sehingga jadi agak gelap, batang sakit warna coklat.
Cara atasi: sembur Natural GLIO+ gula pasir.

- Busuk Hitam (Black Rot), kulat Guignardia bidwelli, bintik2 kecil berwarna putih pada buah yang hampir matang dengan warna tepi coklat, kemudian buah jadi busuk dan mengeriput jadi hitam.
Cara atasi: Pangkas bahagian yang sakit, kurangkan kelembapan, bungkus buah, Sembur Natural GLIO + gula pasir



Mengawal hama (binatang) pokok anggur

Hama(binatang) pokok anggur dan cara mengubatinya

- Tungau Merah (Tetranychus sp.), bintik2 warna kuning pada daun dan kemudian berubah jadi hitam, akibatnya pokok tidak membesar/ kurus dan kurang berbuah.
Cara atasi: Sembur Natural BVR atau PESTONA

- Ulat kantong (Mahasena corbetti), memakan bahagian atas daun, lalu terjadi lubang2 kecil pada daun.
Cara atasi: Pangkas dan potong tanaman yang teruk di serang dan bakar. Sembur dengan PESTONA + POC NASA

- Kutu Phylloxera (Phylloxera vitifoliae), mengisap cairan akar dan daun. Pada daun terbentuk bisul2 kecil dan akar membengkak seperti kutil, akibatnya pokok tumbuh kurus, layu dan buah sedikit.
Cara atasi: pangkas tanaman yang dijangkiti dan bakar, sembur Natural BVR atau PESTONA

- Ulat grayak (Spodoptera sp.), menyerang daun hingga berlubang.
Cara atasi: Sembur dengan Natural VITURA

- Ngengat buah anggur (Paralobesia viteana atau Grape Berry Moth), larva yang makan bunga dan buah yang masih muda dan yang dah tua sehingga buah jadi tidak normal.
Cara atasi: Buang buah yang rosak dan bakar, sembur PESTONA paling lewat 14 hari sebelum buah di tuai.

- Kumbang Daun (Apogonia destructor), memakan daun, membuat lubang2 kecil pada permukaan daun.
Cara atasi: pasang lampu perangkap dan musnahkan, sembur PESTONA

- Hama lain seperti rayap, tikus, burung, tupai dan kelelawar.
Cara atasi: Bersihkan kebun, bungkus buah, halau hama dan pasang perangkap



Wednesday, May 18, 2011

Bahagian yang terdapat pada Pohon anggur

Pengertian Bahagian-bahagian Pohon anggur yang boleh berbuah

a) Ranting adalah tunas matang yang tumbuh pada dahan dan telah menjadi kekayuan setelah tumbesaranya tamat. Ranting untuk penghasilan buah seeloknya dalam tempoh tumbesaran pohon lebih setahun untuk dilakukan pemangkasan untuk pembuahan.

b) Buds (Ruas) berbentuk bongol yang ada pada batang dan ranting samada yang matang atau belum. Segala bentuk pertumbuhan bermula dari ruas(buds).


c) Batang kekal utama pada setiap pohon anggur yang matang.


d) "Spurs" adalah ranting yang matang, di potong kepada dua atau tiga ruas dimasa pemangkasan untuk pembuahan pada masa tersebut. Ia akan menghasilkan tunas dari ruas tersebut dan seterusnya ranting yang matang. Bertujuan untuk menghasilkan ranting buah pada musim pemangkasan untuk pembuahan dimasa akan datang.

e) Tunas adalah batang yang hijau dan belum matang. Ia terhasil dari ruas(buds) yang terdapat pada batang yang matang lebih dari setahun dan mengeluarkan daun, bunga dan buah. Pada anak pokok, tunas inilah yang kita akan bentuk menjadi batang yang matang.

f) Dahan adalah penghubung antara batang.

g) Ranting buah dibentuk pada ranting yang matang lebih dari setahun untuk menghasil buah dengan memotong ranting dan meninggalkan sekurang-kurang 3 ke 4 ruas(buds) pada masa pemangkasan untuk pembuahan.

h) "Sucker" adalah tunas atau ranting yang tumbuh di bahagian paling bawah batang. Ia adalah bahagian yang mula sekali mendapat sumber sebelum di hantar ke bahagian lain. Bahagian ini sebaiknya di potong atau dibuang untuk memberi laluan sumber ke bahagian pokok yang diperlukan.

Sunday, April 17, 2011

Cara membuat pokok anggur berbuah( How to make grape plant fruiting)



How to make grape plant fruiting in malaysia

Pemangkasan pokok anggur perlu di buat agar ia mengeluarkan buah:-

0) Bubuh baja BUNGA 3 minggu sebelum pemangkasan dibuat dan baja BUAH 1 minggu sebelum pemangkasan.

1)Buang semua daun, potong cabang cabang yang tidak dikehendaki.

2) Potong pucuk pucuk yang berdahan hijau.

3) Potong semua ranting yang kurang sihat dan yang bermasaalah atau sakit.

4) Potong ranting yang sihat, biarkan 4 "mata tumbuh" dari cabang.

5) Buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya, bersihkan dikawasan pokok untuk pengudaraan yang baik..

Cara membuat buah anggur berbuah MANIS di Malaysia




Cara membuat buah anggur berbuah MANIS tidak masam.

1) Kurangkan siraman air apabila buah hampir masak (3 minggu sebelum buah di tuai).


2) Dedahkan pada cahaya matahari 80%-100%, agar pembentukan glucosa sempurna dalam buah.

3)
Cuba tanam secara berbatas dengan sistem pengairan yang baik agar ia dapat bantu elakkan air berlebihan pada akar. Terlebih air buah tawar.

4)Pembuahan di rancang pada musim panas, bukan musim hujan. Terlebih hujan buah jadi masam.

Wednesday, April 13, 2011

Cara menanam pokok anggur di malaysia




Cara2 menanam pokok anggur di Malaysia:-

* Jikalau Tanah rata atau berpaya, adalah perlu tanaman mempunyai batas bagi mengelakkan akar pokok di genamgi air.

* Biasanya tanah yang berpasir adalah sesuai untuk tanaman pokok anggur.

* Korek lubang dan Gemburkan tanah sedalam 0.5 meter dan lebar 0.5 meter .

* Tanah yang berbukit yang tidak air bertakung didalamnya amat sesuai di tanam pokok anggur.

* Masukan tanah yang telus air dan dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang ·

* Cahaya matahari amatlah perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% cahaya pancaran matahari diperlukan.

* Bumbung yang telus sinaran

* Tanam secara pasu boleh bagi kawasan perumahan.

* Pasu yang berukuran 15 inci luas dan 15 inci dalam cukup untuk setiap pohon anggur yang sihat boleh menghasilkan buah yang baik

* Jangan tanam ditanah yang bergaram (masin), gersang dan tanah yang kurang penyerapan air.